ANUGERAH

BIL
NAMA PRODUK
HARGA AHLI
 [RM]
HARGA PASARAN
[RM]
1
Minyak Anugerah ( Kepintaran Anak - Kotak Biru)
42.00
48.00
2
Minyak Anugerah ( Keharmonian Rumahtangga - Kotak Coklat
42.00
48.00
3
Minyak Anugerah ( Menaikkan Seri dan Pemanis Diri - Kotak Merah)
42.00
48.00
4
Minyak Anugerah ( Menghindari Amalan Sihir - Kotak Hijau)
42.00
48.00
5
Minyak Sejuta Rahsia Anugerah -  Minyak Urut / Kegunaan Luar Sahaja - 130 ml ( kembalikan tenaga & kesihatan)
42.00
48.00
6
Air Anugerah 500ml - biru mineral
3.90
4.50
7
AIR Anugerah 500ml - pink reverse osmosis
3.90
4.50
8
Pencuci muka normal 40 gm
15.60
18.00
9
Pencuci muka sensitif 40gm
18.60
20.00
10
Pencuci muka kulit kering 40gm
18.60
20.00
11
Losyen Sejuta Khasiat Anugerah- haruman apple , 150 ml
22.50
26.00
12
Losyen Sejuta Khasiat Anugerah- SWEET FLORAL / AQUA FRESH 150 ml extrahot
23.50
28.00
13
Gamat king anugerah ( minuman kesihatan dalaman ) 250ml - membantu mempercepatkan penyembuhan luka, digunakan untuk wanita selepas bersalin, sebagai minuman tenaga, meredakan sakit sendi dan otot dan mengurangkan sakit dan bengkak akibat digigit oleh serangga.
42.00
48.00
14
Kismis emas anugerah  - kismis perang
16.50
18.00
15
Penaik seri uv foundation 20gm
42.00
48.00
16
Penaik seri uv foundation 10gm
24.00
28.00
16
Kismis organik anugerah - kismis hitam
18.50
20.00
17
Susu kambing anugerah - 10 botol kecil
42.00
48.00
18
Wonder pink marjeena 2 in 1 - lipgloss & blusher -
30.00
34.00
18
Set  bersalin normal - 1 Minyak Telon Anugerah 50 ml ,  1 Minyak Pilis Anugerah 30 ml, 1  Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah 250 ml ,  Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150 ml,1 Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200 ml ,  6 uncang Mandian Sauna Herba Anugerah , 1 Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah 100 ml .
179.00
199.00
19
set bersalin medium - 1 Minyak Telon Anugerah 50 ml ,  1 Minyak Pilis Anugerah 30 ml, 1  Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah 250 ml ,  Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150 ml,1 Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200 ml ,  6 uncang Mandian Sauna Herba Anugerah , 1 Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah 100 ml, 1 botol Minyak Selusuh Anugerah 30 ml, 1 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu, 1 unit bengkung
260.00
288.00
20
set bersalin premium - 1 Minyak Telon Anugerah 50 ml ,  1 Minyak Pilis Anugerah 30 ml, 1  Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah 250 ml ,  Losyen Sejuta Khasiat Anugerah 150 ml,1 Minyak Sejuta Rahsia Anugerah 200 ml ,  6 uncang Mandian Sauna Herba Anugerah , 1 Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah 100 ml, 1 botol Minyak Selusuh Anugerah 30 ml,6 uncang Herba Tangas ,2 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu, 1 unit bengkung, 1 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk bayi, 1 unit barut bayi
530.00
588.00
21
Set bersalin caeserean -
- 100 ml Rahsia Kebersihan Wanita Anugerah- 50 ml Minyak Telon Anugerah- 30 ml Minyak Pilis Anugerah- 250 ml Minuman Kesihatan Ubat Bijian Anugerah- 250 ml Minuman Kesihatan Ubat Periuk Anugerah- 250 ml Minuman Kesihatan Gamat Manjakani Anugerah- 100 ml Gel Gamat Haruan- 6 uncang Mandian/Sauna Herba Anugerah- 150 ml Losyen Sejuta Khasiat Anugerah- 200 ml Minyak Sejuta Rahsia Anugerah- 100 ml Gamat King Anugerah- 2 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu- 1 unit Tungku Herba Batu Lava Anugerah untuk bayi- 1 unit Barut bayi
505.00
558.00
22
Feminine wash
16.00
18.00
23
Pilis anugerah
13.50
15.00
24
telon anugerah
13.50
15.00
25
ubat periuk
52.00
58.00
26
ubat bijian
52.00
58.00
27
gamat manjakani
52.00
58.00
28
Minyak selusuh
21.00
24.00
29
Tungku batu ibu
43.00
48.00
30
Tungku batu anak
34.00
38.00
31
Bengkung ibu
34.00
38.00
32
Barut bayi
25.00
28.00
33
Mandian sauna
34.00
38.00
34
Herba tangas
34.00
38.00
35
Madu queen
41.00
48.00
36
Minuman oat cerdik cerdas
42.00
48.00
37
Brain booster
42.00
48.00
38
Garam Buluh
42.00
48.00


ANUGERAH : PENAIK SERI UV FOUNDATION


ISI KANDUNGAN : 20GM

PENAIK SERI UV FOUNDATION ANUGERAH SPF 30

HARGA KAMI : RM 42
HARGA PASARAN : RM 48

************
RAMUAN 
************
  • LIMAU PURUT
  • SIREH
  • VITAMIN E
  • AIR BACAAN 30 JUZUK AL-QURAN & DOA PILIHAN
********************
CARA PENGGUNAAN
********************
  • DIGUNAKAN SELEPAS MANDI ATAU WUDHU'
  • TITISKAN SEDIKIT DI JARI DAN SAPUKAN DI MUKA SEHINGGA SEKATA SAMBIL BERSELAWAT

******************
PERINGATAN
******************
  • JANGAN DILANGKAH
  • KANDUNGAN TELAH DIDOAKAN

GAMAT KING RAHSIA KHAZANAH LAUT ANUGERAH

                


ISI KANDUNGAN : 250ML

HARGA KAMI : RM 42
HARGA PASARAN : RM 48




- Adakah anda ingin menyembuhkan luka luaran dan dalaman dalam masa yang cepat?

- Adakah anda mahu meredakan sakit sendi dan otot akibat digigit serangga dan bisa?

- Adakah anda ingin kelihatan muda dan bertenaga?

- Adakah badan anda memerlukan antibodi untuk melawan penyakit di dalam badan?

- Adakah anda mahu makanan terbaik untuk anak yang anda kandungkan?

Jika anda mahukan kesemua di atas, anda perlu dapatkan makanan berkhasiat yang telah terbukti secara klinikal dan diuji oleh saintis tempatan dan antarabangsa


Gamat King Anugerah adalah minuman kesihatan yang menggabungkan ekstrak gamat dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan doa-doa pilihan. Insya-Allah ia berkesan untuk membantu meningkatkan kesihatan anda.


Gamat telah digunakan sejak beratus tahun dahulu untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka, digunakan untuk wanita selepas bersalin, sebagai minuman tenaga, meredakan sakit sendi dan otot dan mengurangkan sakit dan bengkak akibat digigit oleh serangga.
Dengan menggabungkan kaedah perubatan Islam, Gamat King Anugerah sememangnya makanan kesihatan yang lengkap untuk anda.
Ayat-ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.

******************
CARA PENGGUNAAN

******************
  • DEWASA : 2 SUDU BESAR
  • KANAK - KANAK - : 1 SUDU BESAR
  • MASA : SETIAP PAGI DAN MALAM

************************
TERTIB PENGGUNAAN

************************
  • SELAWAT 3 KALI.
  • BACAAN SURAH AL-FATIHAH
  • NIAT KEPADA ALLAH UTK MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPI
  • GONCANG SEBELUM DIGUNAKAN

AMARAN :
JANGAN DILANGKAH.
MINUMAN INI TELAH DIDOAKAN.

MINYAK ANUGERAH SEJUTA RAHSIA



ISI KANDUNGAN : 200ML

HARGA KAMI : RM 42
HARGA PASARAN : RM 48

Dalam kitab-kitab perubatan tradisional, terdapat pelbagai jenis herba tradisional yang sering digunakan oleh orang-orang tua dulu untuk merawat penyakit. Ada herba-herba ini yang boleh ditemui di Alam Melayu.


Seiring dengan perkembangan zaman, keperluan untuk mendapatkan herba-herba ini semakin meningkat dan satu persatu manfaat lain ditemui.


Herba-herba ini mampu memulihkan sakit kepala, sakit perut, demam, kekejangan otot, sakit sendi, sakit pinggang, ‘ular-ular’ dan sebagainya. Ia sememangnya setanding dengan perubatan moden.


Apabila digabungkan dengan kaedah rawatan Islam, ia menjadi paduan unggul yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. Tiada syak dan ragu lagi terhadap keberkesanannya.


Minyak Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini merupakan adunan intipati pelbagai jenis tumbuhan tradisional yang sering digunakan oleh nenek moyang kita. Adunan ini ditenagakan dengan rangkaian doa-doa terpilih dari ayat-ayat suci Al-Quran khusus untuk membantu mengubati penyakit dan mengembalikan taraf kesihatan anda seperti sediakala.
*****************************************
Kandungan Herba Minyak Sejuta Rahsia Anugerah
*****************************************

• Minyak eucalyptus
• Ekstrak halia bara
• Ekstrak serai
• Ekstrak limau purut
• Ekstrak lengkuas
• Ekstrak pudina
• Ekstrak bunga cengkih
• Ekstrak buah pala
• Minyak avokado


Ayat-ayat al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat al-Quran tersebut dibaca berulang-ulang kali mengikut kiraan tertentu.


Antara ayat-ayat syifa’ dan doa-doa khusus yang dibacakan selain 30 juzuk al-Quran untuk menghasilkan Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini:

• Surah al-Faatihah • Surah Luqman
• Surah al-Qadr • Surah al-Kafirun
• Surah al-Ikhlas • Surah al-Falaq
• Surah an-Naas • Surah al-Isra’ ayat 28
• Surah at-Taubah ayat 128 • Ayat Kursi
• Surah al-Baqarah • Surah al-Isra'
• Surah as-Saaffaat • Surah A-li’imraan
• Surah al-Waaqi’ah ayat 19 • Ayat-ayat Ruqyah
• Bacaan istighfar • Bacaan doa penyembuh angin ahmar
• Bacaan doa khatamul Quran • Selawat Nabi dan doa syifa’
• Selawat Tafrijiyyah • Ayat penawar & pembatal sihir & pukau
• Doa menghindari ganguan syaitan 

****************************************
KELEBIHAN MINYAK ANUGERAH SEJUTA RAHSIA
****************************************

• kekejangan otot selepas bersukan berkurangan
• senggugut beransur hilang
• kesan akibat ‘ular-ular’ berkurangan
• badan semakin bertenaga dan bersemangat
• terlindung dari gangguan ilmu hitam dan makhluk halus
• pulih dari sakit perut yang kronik dan sebagainya

*******************************
CARA PENGGUNAAN
*******************************

  • Sapu pada bahagian badan yang sakit sambil membaca al-Fatihah dan berselawat. 
  • Untuk kegunaan luar sahaja. 
  • Pastikan Minyak Sejuta Rahsia Anugerah tidak dilangkah.

************
TESTIMONI
************

 


Datin Fatimah Wati Hassan, 56 tahun, Seremban 2, 019-6903444 

Berjalan Semula Selepas Guna Minyak Sejuta Rahsia

Tahun lalu saya terlibat dalam satu kemalangan yang sangat teruk sehingga sebelah kaki saya patah. Tiga bulan selepas pembedahan, saya masih tidak mampu berjalan dan hanya selepas dua bulan berikutnya saya perlu bergantung kepada tongkat pula. Setiap kali hujan dan waktu malam, kaki saya terasa bisa-bisa dan semua sendi sangat sakit.

Sejak saya menggunakan Minyak Sejuta Rahsia ini, Alhamdulillah sakit dan bisa yang saya tanggung selama ini hilang. Setelah dua minggu menggunakan minyak ini saya tidak lagi perlu menggunakan tongkat untuk berjalan. Kini saya faham mengapa ramai yang sering berkongsi pengalaman mereka dengan surat khabar tentang Minyak Anugerah Sejuta Rahsia ini.

Kini saya ingin berkongsi kegembiraan saya dan berharap agar mereka yang lain turut mendapat manfaat dalam mencari penawar kepada sebarang kesakitan yang ditanggung. Saya berasa gembira dan kesyukuran apabila saya dapat berjalan semula. Kini kaki saya bertambah sihat dan kuat. Malah yang lebih penting saya mampu mengerjakan solat seperti dulu. Syukur kepada Allah
_______________________________________________________________

Nurul Hana, 23 tahun, Kuala Lumpur.

Asma sejak kecil hilang dalam dua bulan

Saya mempunyai masalah asma sejak kecil lagi dan ianya berterusan sehingga kini. Hampir setiap bulan, saya terpaksa bergantung kepada inhaler dan ubat-ubatan lain yang di berikan oleh doktor. Bukan itu saja, ubat tradisional pun telah banyak saya makan tapi semua tak jalan. Alhamdulillah, sejak saya menggunakan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia sejak dua bulan lalu, penyakit asma saya semakin pulih. Saya sapu minyak ini setiap pagi dan malam.

Kalau dulu saya bawa inhaler ke mana-mana, kini saya tidak lagi bergantung nyawa dengannya. Saya dapati Minyak Anugerah ini mengandungi doa-doa penyembuh semput dan asma sebab itulah saya menggunakanya. Ternyata saya berjaya menikmati mukjizat Al-Quran. Syukur kepada Allah dan terima kasih Minyak Anugerah Sejuta Rahsia.

Secara jujur saya mengesyorkan kepada mereka yang mengalami masalah asma kronik seperti saya. Terima kasih.



AMARAN !!

JANGAN DILANGKAH .


KITA HANYA BERUSAHA DAN BERTAWAKAL. SELEBIHNYA BERGANTUNG KEPADA RAHMAT ALLAH.

MINYAK ANUGERAH

MINYAK ANUGERAH KEHARMONIAN RUMAHTANGGA 

( COKLAT )

MINYAK ANUGERAH KEHARMONIAN RUMAHTANGGA


HARGA KAMI : RM 42
HARGA PASARAN : RM 48



Kehidupan yang harmoni dan bahagia merupakan impian setiap suami dan isteri. Perasaan kasih sayang antara satu sama lain telah terpatri di sanubari.

Namun, cabaran hidup serta kurang persefahaman sering menggugat tali ikatan kasih antara suami dan isteri. Ditambah lagi dengan gangguan dari pihak ketiga yang ingin melihat hubungan anda tidak bahagia.

Minyak Kasturi Anugerah - Untuk Keharmonian Rumah Tangga direka khusus untuk mengembalikan keharmonian hubungan rumah tangga anda. Anda akan kembali ceria dan dilindungi oleh Allah S.W.T.
Minyak kasturi yang dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan doa-doa pilihan untuk kebaikan fizikal, mental, emosi dan rohani anda.
Antara ayat-ayat syifa’ dan doa-doa khusus yang dibacakan selain 30 juzuk al-Quran untuk menghasilkan Minyak Kasturi Anugerah:

• Ayat-ayat Ruqyah• Ayat Ruqyah Jibril
• Ayat Ruqyah Nabawiyyah• Selawat syifa’
• Doa-doa syifa’• Selawat Tafrijiyyah
• Pendinding al-Muawwizat• Saiyidul istighfar (penghulu taubat)
• Ayat Kursi• Ayat penawar seribu guna
• Ayat pendamaian• Ayat pelembut hati
• Doa pengasih• Doa seri wajah
• Doa penyejuk• Doa atasi gangguan tidur
• Doa atasi cemburu & hasad dengki• Solat hajat
• Salam sulaiman


**********************
TERTIB PENGGUNAAN
**********************

  • Berdiri menghadap kiblat
  • Bacakan Al-Fatihah
  • Selawat 3 kali
  • Sapukan sedikit Minyak Anugerah di kedua-dua kening, cuping telinga dan dada sambil lafazkan niat anda kepada Allah SWT
Bagi pasangan yang sukar mendapat kerjasama suami isteri:
  • Dicampurkan titisan Minyak Anugerah ke dalam air mandi.
  • Pusing air itu mengikut pusingan tawaf (arah lawan jam) sambil berselawat sebanyak 3 kali dan mandi

MINYAK ANUGERAH KEPINTARAN ANAK 

( BIRU )

 MINYAK ANUGERAH KEPINTARAN ANAK.

HARGA KAMI : RM 42

HARGA PASARAN : RM 48 



Tiada yang lebih penting daripada melihat anak anda berjaya dalam pelajaran dan kehidupan. Sokongan dan dorongan anda amat penting bagi mereka.
Namun, dalam situasi yang genting seperti menghadapi peperiksaan besar, mereka tidak mampu menangani tekanan dan konflik emosi yang mengganggu tumpuan mereka.
Keadaan yang serupa juga berlaku kepada anak yang sukar menerima teguran dan berkelakuan yang tidak sepatutnya. Jiwa mereka perlu dilembutkan dan ditenangkan.
Apabila anda sapukan Minyak Kasturi Anugerah Kepintaran Anak pada anak anda, Insya-Allah minda mereka akan mudah menerima ilmu dan saranan yang baik.

Minyak kasturi yang dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan doa-doa pilihan untuk kebaikan fizikal, mental, emosi dan rohani anda.
Antara ayat-ayat syifa’ dan doa-doa khusus yang dibacakan selain 30 juzuk al-Quran untuk menghasilkan Minyak Kasturi Anugerah:


• Ayat-ayat Ruqyah • Ayat Ruqyah Jibril
• Ayat Ruqyah Nabawiyyah • Selawat syifa’
• Doa-doa syifa’ • Selawat Tafrijiyyah
• Saiyidul istighfar (penghulu taubat) • Ayat Kursi
• Ayat penawar seribu guna • Ayat pendamaian
• Ayat pelembut hati • Doa penyejuk
• Doa penerang hati • Salam sulaiman
• Solat hajat

******************
CARA PENGGUNAAN
******************
  • Baca al-Fatihah dan selawat 3 kali sambil menghadap kiblat.
  • Sapukan sedikit Minyak Kasturi Anugerah pada ubun-ubun anak anda dan diusap kepalanya sambil melafazkan niat kepada Allah S.W.T. 
  • Suruh anak anda bau minyak kasturi tersebut sedalam-dalamnya sambil berselawat sebanyak 3 kali.
  • Bagi anak yang sukar bekerjasama dengan anda, campurkan titisan Minyak Anugerah ke dalam air mandian mereka.
                                          
*********************
TESTIMONI
*********************

Minyak Untuk Kecerdikan Anugerah Bantu Ashraf Raih 10A dalam SPM

“Dulunya anak saya memang seorang yang malas untuk mengulang kaji pelajaran dan gemar membuat persiapan di saat-saat akhir. Hasilnya dia sentiasa memperolehi keputusan yang tercorot di kalangan rakanrakan sekelasnya. Sebagai seorang ibu, saya amat risau tentang masa depan anak saya dan sering memikirkan sesuatu agar dia lebih bersemangat dalam pelajaran untuk menghadapi SPM.” “Dalam masa tiga bulan sebelum SPM, kawan saya memperkenalkan Minyak Kepintaran Anugerah dan saya terus menyuruh anak saya, Fitri mencuba minyak ini, Dia menyapukan di kedua-dua belakang telinga dan dadanya. Saya juga mencampurkan minyak ini di dalam bekas mandian anak saya. Alhamdullilah dengan izin Allah S.W.T, selepas dua minggu anak saya menggunakan minyak ini, dia menceritakan tentang perubahan yang dialaminya. Dia berasa lebih tenang, tidak gugup dan lebih mudah memahami pelajaran. Dengan berkat doa kepada Allah dan bantuan Minyak Kepintaran Anugerah ini, anak saya telah berjaya meraih 10A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terucap kepada Minyak Kepintaran Anugerah. Siapa sangka anak saya juga turut mampu mencapai keputusan cemerlang ini dan kini dalam persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke Australia.

Adik Ashraf, Johor

MINYAK ANUGERAH MENGHINDARI AMALAN SIHIR 

( HIJAU )




MINYAK MENGHINDARI AMALAN SIHIR 
HARGA KAMI : RM 42
HARGA PASARAN : RM 48


Tidak semua orang gembira dengan kejayaan dan rezeki yang diperolehi oleh orang lain. Jiran tetangga, rakan kerja malah sahabat baik sanggup untuk menjahanamkan kehidupan orang lain dengan amalan sihir, tuju-tuju, santau dan sebagainya.

Apa yang tersirat di dalam hati orang di sekeliling anda hanya Allah sahaja ketahui. Anda tidak akan tahu apa muslihat yang akan dikenakan kepada anda. Anda sememangnya tidak selamat dari bahana ini.

Oleh itu, anda harus sentiasa memohon perlindungan dari Allah dan berusaha untuk menguatkan aura anda supaya ianya dapat menghalang ilmu hitam ini dari memporak-perandakan anda dan keluarga anda.

Minyak Kasturi Anugerah Menghindari Amalan Sihir boleh membantu melindungi anda daripada menjadi mangsa perbuatan orang dan mengesan kehadiran amalan ilmu hitam ini dengan izin Allah Taala.

Minyak kasturi yang dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan doa-doa pilihan untuk kebaikan fizikal, mental, emosi dan rohani anda.

Antara ayat-ayat syifa’ dan doa-doa khusus yang dibacakan selain 30 juzuk al-Quran untuk menghasilkan Minyak Kasturi Anugerah:


• Ayat-ayat Ruqyah • Ayat Ruqyah Jibril
• Ayat Ruqyah Nabawiyyah • Selawat syifa’
• Doa-doa syifa’ • Selawat Tafrijiyyah
• Pendinding al-Muawwizat • Saiyidul istighfar (penghulu taubat)
• Ayat Kursi • Ayat pembatal sihir dan pukau
• Ayat pengesan & penawar sihir dan pukau • Doa penghindar gangguan syaitan
• Doa penghindar hasutan syaitan • Doa bakar jin dan syaitan
• Ayat penawar seribu guna • Doa gangguan tidur
• Doa pendinding • Salam sulaiman
• Solat hajat


************************************************

TERTIB  PENGGUNAAN
*************************************************

  • Berdiri menghadap kiblat
  • Bacakan Al-Fatihah
  • Bacakan 3 Qul
  • Selawat 3 kali
  • Sapukan sedikit Minyak Anugerah di bahagian tengkuk, kedua-dua kening, telinga dan pelipat tangan sambil lafazkan niat kepada Allah SWT agar dijauhkan dari gangguan jin,iblis dan syaitan
*Selain itu disapu juga Minyak Anugerah ini  pada mana-mana bahagian badan yang terasa sakit akibat gangguan
Bagi anak-anak kecil yang diganggu atau menangis waktu malam:
  • Disapukan pada ubun-ubun, kening, kedua-dua cuping telinga dan buku lali anak
Bagi gangguan di sekitar rumah, pejabat dan kedai:
  • Tuang beberapa titis Minyak Anugerah ini di dalam bekas atau botol spray untuk semburan sambil membaca Al-Fatihah
  • Pusing air itu mengikut pusingan tawaf (arah lawan jam) sambil bacakan 3 Qul dan selawat sebanyak 3 kali
  • Semburkan air di sekeliling tempat yang diganggu

MINYAK ANUGERAH PEMANIS DIRI 

( MERAH )

 

MINYAK MENAIKKAN SERI & PEMANIS

HARGA KAMI : RM 42
PASARAN : RM 48


Semua orang inginkan dirinya disayangi dan disenangi oleh orang lain. Seorang ketua perlu mempunyai perwatakan yang boleh mempengaruhi orang bawahannya. Seorang ahli perniagaan perlu mempunyai aura yang positif supaya dapat menarik perhatian pelanggan dan melariskan perniagaannya. Seorang teruna atau dara yang sudah cukup syarat mahu jodohnya dicepatkan tanpa perlu runsing lagi.

Sebab itulah Minyak Kasturi Anugerah - Untuk Menaikkan Seri dan Pemanis dibuat khas untuk menaikkan seri dan memulihkan aura di dalam diri anda, disenangi ramai dan dipercepatkan jodoh.

Gabungan minyak kasturi beserta ayat-ayat al-Quran dan doa-doa terpilih menjadikan Minyak Kasturi Anugerah ini pilihan utama anda.

Antara ayat-ayat syifa’ dan doa-doa khusus yang dibacakan selain 30 juzuk al-Quran untuk menghasilkan Minyak Kasturi Anugerah:

• Ayat-ayat Ruqyah• Ayat Ruqyah Jibril
• Ayat Ruqyah Nabawiyyah• Selawat syifa’
• Doa-doa syifa’• Selawat Tafrijiyyah
• Pendinding al-Muawwizat• Saiyidul istighfar (penghulu taubat)
• Ayat Kursi• Ayat penawar seribu guna
• Ayat pendamaian• Doa pengasih
• Doa seri wajah• Doa pelaris perniagaan
• Doa penyejuk• Salam sulaiman
• Solat hajat
********************************************************
Tertib Penggunaan Minyak Anugerah Menaikkan Seri dan Pemanis Diri

********************************************************
     
  • Berdiri menghadap kiblat
  • Bacakan Al-Fatihah
  • Sapukan sedikit Minyak Anugerah di telapak tangan, digosok kedua-dua telapak tangan sambil lafazkan niat anda kepada Allah SWT.
  • Disapukan naik dari hujung kaki ke hujung kepala sambil membaca selawat
  • Ulangi titisan Minyak Anugerah di telapak tangan, digosok kedua-dua tapak tangan dan diusap muka dengan arah menaik sambil membaca selawat sebanyak 3 kali
Mandian Seri:
  • Dicampurkan titisan Minyak Anugerah ke dalam air mandi
  •  Pusing air mengikut pusingan tawaf (arah lawan jam) sambil berselawat sebanyak 3 kali dan mandi 
**********************
TESTIMONI
**********************


“Disuruh cermin muka oleh suami… hati isteri mana yang tak punah!”

Dapatkah anda bayangkan perasaan seorang isteri jika si suami mengelak untuk memandang muka isteri, seolah-olah benci padanya? Itulah ujian Allah yang pernah ditanggung oleh Atilla, 43 tahun dari Selangor.
“Sebelum ini, hubungan kami sesama suami isteri tidak ada cacat cela dan bahagia,” ujar Atilla memulakan perbualan. “Tapi sejak kebelakangan ini, kasih sayang dari suami semakin hilang dan dia seolah-olah benci memandang saya. Asal nampak saja muka saya, dia marah tanpa sebab. Semakin hari semakin meluat dia tengok saya. Padanya muka saya tak berseri, suram dan hodoh. Yang paling saya kecewa sekali apabila dia cakap pada saya supaya cermin muka sendiri,” ujar Atilla dengan linangan air mata.
Tambah Atilla lagi, “Saya agak aktif dalam jualan langsung. Tetapi sejak masalah ini timbul, banyak ‘customer’ saya melarikan diri. Kalau saya jumpa mereka, majoriti daripada mereka mesti menegur muka saya nampak muram dan tidak berseri.”
“Apabila saya mengadu pada kawan tentang masalah ini dan dia surah saya mencuba Minyak Seri Diri Anugerah. Saya pada mulanya tidak berani kerana menyangka ianya minyak ‘senyonyong’. Tetapi kawan saya menerangkan ianya mengandungi bacaan 30 juzuk Al-Quran dan himpunan doa untuk menaikkan seri wajah supaya orang senang dan sayang dengan kita.”
“Pada mulanya saya hanya mencalitkan minyak tersebut di kening diikuti dengan bacaan selawat. Setelah dua hari memakainya, saya dapat lihat perubahan suami saya. Cara dia pandang saya pun lain, senyum saja bila nampak saya. Itu yang membuatkan saya lebih yakin. Minyak ini juga boleh dibawa mandi, jadi saya campurkan dengan air mandian. Alhamdulillah, tak sampai sebulan, reaksi suami saya betul-betul berbeza. Dia asyik puji muka saya berseri-seri, ceria dan nampak lawa macam anak dara. Itu yang buat saya ‘syok’ tu!,” ujar Atilla sambil tertawa.
“Dulunya dia malu dilihat bersama saya tetapi kini kami sering keluar dengan rakan-rakannya. Para pelanggan saya pun ramai bertanyakan tentang perubahan diri saya. Kata mereka saya nampak lain sangat dan muka pun lebih berseri. Dulu saya rasa bagaikan diri sangat hodoh dan berasa malu untuk berdepan dengan orang ramai”
“Selain dari mengamalkan Minyak Kasturi Anugerah ini, saya tak lupa beribadat kepada Allah dan memanjatkan kesyukuran padaNya dengan perubahan yang terjadi pada diri saya ini. Layanan suami makin “tip-top”, macam rasa baru bercinta pula. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa kepada Allah yang tak pernah putus, hubungan kami suami isteri kembali jernih. Pelanggan saya pun semakin ramai dan perniagaan saya pun kembali laris,” tambah Atilla mengakhiri perbualan.

Atillah Ali, 43 tahun Kajang, Selangor 013 6338417

Alhamdulillah, kepercayaan diri saya semakin meningkat dan perniagaan bertambah maju....

Sejak dulu lagi saya memang kurang kenalan perempuan, apatah lagi kenalan lelaki. Saya pun memang tak pandai nak bergaul dengan orang ramai, disebabkan rasa rendah diri dengan fizikal saya sendiri. Tapi itu semua tak melemahkan semangat saya untuk menjalankan perniagaan saya sendiri.
Saya mula berjinak-jinak dengan jualan secara langsung sejak tahun lalu dan salah satu faktor utama untuk kekalkan perniagaan supaya stabil sudah tentu dengan mempunyai pelanggan yang ramai. Mungkin cara saya untuk berinteraksi dengan pelanggan agak kekok, menyebabkan ramai pelanggan saya susah untuk meletakkan kepercayaan pada diri saya. Jadi saya telah meminta bantuan adik saya untuk menolong saya dalam perniagaan ini. Dia yang berdepan dengan pelanggan, saya hanya kerja di belakang tabir sahaja. Kadang kala rasa sedih kerana tak tahu di mana silap saya hinggakan orang susah nak mendekati saya.
Bulan lepas, makcik saya telah mengesyorkan saya untuk mencuba Minyak Kasturi Anugerah Seri Muka yang mendapat liputan surat khabar. Secara jujur, saya agak keberatan untuk menggunakannya tetapi melihatkan perniagaan saya yang makin merudum, saya bertekad untuk menyelamatkannya. Dengan izin Allah, setelah seminggu saya menggunakan Minyak Seri Muka ini, saya merasakan perubahan yang amat ketara.
Para pelanggan saya mula menunjukkan minat bila saya bersuara dan bercerita tentang produk yang saya jual dan cara mereka melayan saya pun sungguh lain, semakin mesra. Ada di antara mereka yang menegur tentang air muka saya yang dikatakan makin berseri. Alhamdulillah, perniagaan saya juga semakin laris semenjak saya amalkan Minyak Kasturi Anugerah Seri Muka ini. Tak sangka, dengan secalit minyak dan dengan berkat doa kepada Allah, saya berasa lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai dan memajukan perniagaan saya. Terima kasih Anugerah!”

Amyza, 32 tahun, Wangsa Maju.

AMARAN !!
JANGAN DILANGKAH MINYAK INI KERANA IA TELAH 
DIDOAKAN.

KITA HANYA MAMPU BERIKHTIAR, SEGALANYA 
DITENTUKAN DENGAN KEIZINAN ALLAH.
 

Hubungi Kami

013 2621234
bestshoppemania
bestshoppemania



Pautan

Our Shoppemania World
Copyright © everything you need | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in