9972 HERBS PREMIUM MULBERRY GREEN TEA


9972 HERBS
9972 HERBS Premium Mulberry Green Tea diperbuat daripada 100% daun herba terpilih yang mana kandungan utamanya adalah daun mulberry muda yang ditanam sendiri. Kaedah pemprosesannya dilakukan dengan teliti bagi memastikan kandungan khasiatnya kekal tinggi. Ia juga berupaya menyingkirkan toksin dari dalam badan secara semulajadi.  
9972 HERBS Premium Mulberry Green Tea telah diuji di makmal dan di dapati mempunyai kandungan protein, tenaga dan karbohidrat yang tinggi untuk memberikan nutrien yang diperlukan oleh badan untuk kekal aktif dan bertenaga. Ia kaya dengan kandungan antioksida yang berupaya menguatkan sistem imunisasi dan mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. 
9972 HERBS Premium Mulberry Green Tea berupaya merawat dan melindungi sel-sel badan untuk berfungsi secara efisien. Rasanya yang enak sesuai untuk dijadikan minuman harian seisi keluarga.

Tiga peringkat semasa mengamalkan 9972 HERBS Premium Mulberry Green Tea

1. PENYINGKIRAN TOKSIN (minggu 1)
Semasa proses ini, toksin yang terpendam di dalam sel dan tisu badan akan dilepaskan semula ke dalam darah dan lain-lain bendalir tubuh untuk dikeluarkan melalui proses perkumuhan dan perpeluhan. Proses 'pembersihan' ini akan menyebabkan beberapa bahagian lain di dalam badan terganggu seketika disebabkan pertambahan toksin secara mendadak di dalam darah. Anda mungkin akan mengalami pening kepala, keletihan dan gangguan pada kulit.Walaubagaimanapun, reaksi ini adalah untuk sementara sahaja bergantung kepada jumlah toksin yang telah terkumpul selama ini di dalam badan anda. Banyakkan minum air kosong dan berehat.

2. PENYEMBUHAN (minggu 2-minggu 3)
Setelah proses penyingkiran toksin berakhir, badan anda akan mula rasa lebih bertenaga dan segar. Anda akan mula merasakan kesan-kesan seperti berikut :
Penghidap kencing manis : air kencing akan mula rasa melekit disebabkan penyingkiran gula berlebihan yang telah lama terpendam di dalam badan anda. Sel-sel badan akan mula berfungsi secara efisien untuk menukar gula di dalam darah kepada tenaga dan seterusnya mengawal kandungan gula di dalam darah secara semulajadi.
Perokok : rokok yang dihisap akan mula terasa pahit
Masalah berat badan berlebihan : selera makan akan lebih terkawal, sel-sel badan akan lebih mudah menyerap nutrien yang diperlukan oleh badan. Kandungan tenaga, protein dan karbohidrat yang tinggi memberikan anda tenaga untuk bergerak aktif dan seterusnya membantu dalam mengurangkan berat badan berlebihan.
Pengguna dengan kulit bermasalah : kulit berjerawat di muka dan di badan akan mula mengecut dan mengering. Anda akan mula merasakan kulit semakin lembab dan segar.

3. PENGEKALAN DAN PENYUBURAN (minggu 4 dan seterusnya)
Anda akan merasakan diri lebih bertenaga dan sihat. Anda juga akan mula merasakan perubahan pada tahap kesihatan anda. Amalkan meminumnya setiap hari untuk mengekalkan kebaikan yang terkandung di dalam 9972 HERBS Premium Mulberry Green Tea. Bagi penghidap kencing manis yang bergantung kepada insulin sebelum ini, anda dinasihatkan agar memeriksa kandungan gula di dalam darah sebelum membuat suntikan insulin.

FAEDAH UTAMA KESIHATAN
- Menyingkirkan toksin dan menghapuskan kotoran di dalam badan
- Membersihkan badan dari sisa-sisa toksin perubatan
- Menggalakkan pertumbuhan sel
- Membantu mengurangkan penyerapan glukos di dalam usus
- Membantu mengurangkan pengeluaran glukos di dalam hati
- Membantu meningkatkan pengambilan glukos di dalam sel badan
- Melawan radikal bebas
- Membantu mengurangkan berat badan berlebihan
- Membantu mengurangkan pemendapan glukos/protein di dalam badan


Harga RM35 sekotak

0 comments:

 
Copyright © everything you need | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in